Tuesday 5 August 2014

2 PELAJAR WARGA BRITAIN MAUT DISERANG DI KUCHING

No comments :

KUCHING – Dua pelajar perubatan warga Britain maut selepas diserang dengan senjata tajam oleh tiga lelaki di Jalan Abell, di sini, awal pagi tadi.

Pelajar lelaki yang masing-masing berusia 23 dan 24 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, tiga suspek menaiki Perodua Viva putih dan dua daripada mereka berjaya diberkas.

Sumber berkata, dua mangsa adalah pelajar University Newcastle dan mengikuti program pertukaran pelajar di sini, lapor Berita Harian.

No comments :

Post a Comment