Monday, 4 August 2014
KELIBAT BUAYA PUNCA KESESAKAN JALAN RAYA
KELIBAT seekor buaya digelar Longlong mengejutkan orang ramai hingga menyebabkan kesesakan trafik luar biasa berlaku di Manila, Filipina baru-baru ini.
Difahamkan, orang ramai menyangka bahawa buaya yang diangkut pada bumbung sebuah van di tengah Manila itu adalah buaya gergasi yang dikhabarkan sudah mati pada tahun lalu.
Namun, untuk mendapatkan kepastian, van tersebut telah dikerumuni orang ramai untuk melihat kesahihan buaya berkenaan.
Malangnya, buaya sepanjang 21 kaki yang dibawa itu adalah buaya diperbuat dari gentian kaca direka cipta khas sebagai memperingati kematian buaya gergasi tersebut.
Pemandu van berkenaan berkata, Longlong akan dihantar ke Taman Buaya Pasay City sebagai replika khas di taman berkenaan.
“Buaya ini dicipta sebagai sebagai satu penghormatan kepada ‘Lolong’ iaitu buaya air masin terbesar di dunia yang mati dalam kurungan tahun lalu,” katanya kepada Manila Times.
Dicipta oleh Juvy Bangut dan Jessie Suerte, kos untuk mencita Longlong dikatakan mencecah harga AS$2,000 (RMxx) dan disiapkan kira-kira tiga bulan. -SinarHarian
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment