Wednesday, 6 August 2014

"KO TU KERJA TUK ISRAEL !" -LUAHAN HATI PEKERJA MCDONALD'S DIHINA PEMBOIKOT ISRAEL

No comments :

Assalamualaikum, saya Naimah. Salah seorang pekerja Mc’D Sabah.

Terlebih dahulu, saya mau tanya, apa perasaan kamu apabila digelar atau dikatakan sebagai ‘Pekerja Israel’? Asal terjumpa orang,

“Ko tu kerja tuk Israel” atau

“Eh, pekerja Israel ko ni”

Sakit hati ka, suka ka atau pun gembira? Pernah rasa tangan kena pisau tajam? Yaa, begitu la yang saya rasa. Hati saya macam dihiris-hiris. Sakit bila dihina seperti itu.

Saya nak tanya lagi, Mc’D saja ka yang beri sumbangan sama Israel dan merupakan barangan Israel?

Cuba fikir sejenak, hanya kerana 1 Kenyataan yang mengatakan Mc’D Malaysia menyumbangkan berjuta-juta duit tuk Israel, jadi kamu hanya boikot Mc’D la?

Bagaimana dengan minuman Cola, produk keluaran Nestle dan sebagainya? Facebook dan laman sosial lain tu bukan kepunyaan Israel ka? Kenapa tak boikot sekali?

Kita punya akal dan fikiran yang waras telah diberikan oleh Allah s.w.t. Jadi berfikirlah dengan cara yang matang. Kita punya mulut yang sempurna, jadi janganlah sesuka hati menghina kami. Tetapi berdoa la agar SAUDARA SEISLAM KITA DI GAZA dilindungi daripada kekejaman rejim Zionis.

FIKIR LAA HATI DAN PERASAAN KAMI SEBAGAI PEKERJA

Kami hanya insan biasa yang ingin mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal. Demi Allah kami tiada niat untuk menyumbangkan duit kepada Israel.

Fikirlah sedalam-dalamnya.

No comments :

Post a Comment