Wednesday 6 August 2014

TIADA BURGER PERCUMA DARI MCDONALDS, HARAP MAKLUM !

No comments :


McDonald's Malaysia menafikan dakwaan syarikatnya akan memberikan burger percuma yang akan diedarkan ke masjid-masjid pada hari jumaat ini seperti yang tersebar di laman sosial.

McDonald's Malaysia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu dan ia dianggap sebagai fitnah yang sengaja mencemarkan imej McDonald's.

McDonald's menafikan membuat tawaran burger berharga RM1.00 seperti yang didakwa.

Penyebaran maklumat yang tidak berasas itu dipercayai datang dari status radio berbahasa Inggeris, Hitz.fm yang mengatakan McDonald's akan menawarkan burger secara percuma di masjid negeri terpilih pada hari jumaat di samping diskaun pembelian burger sehingga RM1 pada hari yang sama.

Bagaimanapun, Hitz.fm menafikan dakwaan status Facebook berkenaan milik mereka. - My Media Hub

p/s: dakwaan sudah tersebar. mudahnya masyarakat percaya pada suatu berita tanpa selidik 

No comments :

Post a Comment