Thursday, 21 August 2014
"NABILA DATANG KE RUMAH SAYA BERSAMA KEKASIH" - AMY SEARCH
Lagenda Rock, Amy Search tidak menafikan bahawa selepas hubungannya bersama anak sulungnya, Nabila Huda pulih pada Adilfitri lalu, aktres yang mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila, 4, itu datang ke rumah bersama teman lelakinya.
Bagaimanapun Amy menyifatkan ia hanya kunjungan sempena Aidilfitri dan tidak pernah berbincang secara serius tentang fasa hubungan Nabila dengan kekasihnya yang juga seorang pengusaha restoran terkenal di ibu kota.
“Benar, Nabila datang ke rumah saya bersama kekasihnya pada Aidilfitri baru-baru ini. Pada waktu itu, kami berkenalan dengan lebih jauh tetapi bukan membincangkan hal masa depan mereka. Saya percaya apabila tiba masa dan jodoh, ia tidak ke mana. Mereka juga sudah matang dalam hal ini,” tambahnya.
Dalam pada itu Amy juga mengakui terkejut dengan desas-desus yang mendakwa anak sulungnya itu mahu menamatkan zaman jandanya dengan meminta restunya untuk bernikah buat kali kedua.
Kata Amy, perkara itu (minta restu untuk berkahwin) tidak pernah berlaku. Malah mereka juga belum mem bincangkan perkara serius itu.
“Tidak ada perbincangan ataupun Nabila minta restu daripada saya untuk berkahwin lagi,” ujarnya, lapor Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment