Monday, 4 August 2014
NGERI, KEDUA-DUA PAYUDARA WANITA DIPOTONG DENGAN GUNTING !
HESHAN – Malang menimpa seorang wanita apabila dia dituduh cuba merampas suami orang dan sebagai balasannya, kedua-dua payudaranya telah dipotong dengan menggunakan gunting, dalam satu serangan yang menakutkan.
Wanita itu, Xiao Lin telah diserang oleh seorang wanita, iaitu isteri kerana bekas rakan sekerjanya yang menyangka bahawa Xiao Lin menggoda dan mahu merampas suaminya.
Penyerang terbabit, dikenali sebagai Meng Tsao telah menyerang ke Xiao Lin di rumahnya sebelum menyarung wajah wanita berkenaan dengan sebuah beg.
Selepas mengikat Xiao Lin, Meng Tsao kemudiannya menelanjangkan wanita itu lalu memotong payudaranya dengan gunting.
Xiao Lin kemudian sempat membuka beg yang disarungkan di kepalanya dan terkejut apabila mendapati Meng Tsao yang menyerangnya. Ketika kejadian, Xiao Lin sedang menonton televisyen di rumahnya.
Pada mulanya Xiao Lin, yang sudah berkahwin itu menyangka dia diserang oleh seorang perogol namun tidak menyangka kejadian lebih buruk menimpanya apabila payudaranya dipotong dengan gunting.
Menurut polis, Meng Tsao mengaku melakukan serangan tersebut dan selepas siasatan suami Meng Tsao memberitahu bahawa dia pernah terpikat dengan Xiao Lin namun cintanya itu telah ditolak.
Suami Meng Tsao pernah memberitahu isterinya itu bahawa Xaio Lin seorang yang menarik, justeru apabila lelaki itu memfailkan perceraian, Meng Tsao menyangka Xiao Lin menjadi penyebab kepada keruntuhan rumahtangganya, lapor Mynewshub.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment