Tuesday, 12 August 2014

PELAJAR TINGKATAN 5 DIUGUT BAKAR OLEH GURU GARA-GARA LIKE FB I LOVE ISRAEL

No comments :
 
PETALING JAYA: Beberapa pelajar dan guru-guru di Pulau Pinang didakwa mengancam untuk memboikot pelajar yang menekan butang 'like' pada laman Facebook 'I Love Israel'.

Status seorang guru didakwa menunjukkan dia dan rakan-rakan Facebooknya menyerang pelajar yang menekan butang 'like' di laman tersebut.

"Pelajar saya suka Israel? Saya malu," kata guru tersebut dari sebuah sekolah di Simpang Ampat, dalam Bahasa Melayu.

Kemaskini statusnya itu menyebabkan rakan-rakannya seolah-olah menyerang pelajar berkenaan, dengan salah seorang daripadanya menggesa supaya dia disiksa.

"...Kita boikot saja budak ini. Saya sebagai guru tidak pernah kenal pelajar ini. Mulai sekarang dan selepas ini, boikot, jangan kawan atau berkomunikasi dengannya," kata seorang lagi guru.

Ini diikuti oleh komen daripada guru wanita yang didakwa berkata: "Kita bakar dia hahaha."

Jurucakap keluarga berkata, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu takut nyawanya terancam dan takut untuk ke sekolah pada minggu ini.

"Dia tidak mendapat apa-apa panggilan telefon yang mengancamnya, tetapi terdapat beberapa rakan-rakannya memberitahu bahawa terdapat beberapa lelaki yang ingin memukulnya," kata jurucakap itu.

Katanya, pelajar itu sebenarnya tidak benar-benar 'suka' halaman Facebook tertentu, dan berpandangan bahawa ia (like) mungkin berlaku secara automatik.

Katanya, pelajar-pelajar lain juga mendapati Facebook mereka menunjukkan bahawa mereka 'suka' akaun Facebook 'I Love Israel' tanpa persetujuan mereka.

Tambahnya, dia dan keluarga pelajar berkenaan baru sahaja bertemu dengan penolong kanan sekolah yang berjanji bahawa tindakan akan diambil.

Laporan tersebut, katanya, juga telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan daerah.

Laporan dibuat di Balai Polis Bandar Tasek Mutiara pada Isnin.

Percubaan untuk mendapatkan penolong kanan sekolah bagaimanapun tidak berjaya. SUMBER

No comments :

Post a Comment