Thursday 11 September 2014

GARA-GARA TERSALAH LETAK KERETA, WANITA DIBELASAH TERUK (VIDEO)

No comments :

Hanya kerana tersilap parkir di tempat orang lain, seorang wanita dibelasah teruk oleh dua orang lelaki yang naik hantu di tempat letak kereta.

Mangsa ditampar berkali-kali oleh salah seorang lelaki itu. Manakala rakannya pula bertindak menendang mangsa tanpa sedikit pun perasaan belas kasihan.

Telefon bimbit mangsa juga dilempar sampai pecah selain dari keretanya turut ‘dibelasah’ oleh dua lelaki berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua lelaki dayus itu tidak berpuas hati kerana mangsa tersilap parkir di petak yang telah dibayar oleh mereka.

Bagaimanapun, kejadian itu disaksikan oleh seorang lelaki yang hanya tercongok berdekatan tempat kejadian tanpa berbuat apa-apa untuk membantu wanita berkenaan.

No comments :

Post a Comment