ody BARABEREH: jenayah
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Thursday, 30 October 2014

VIDEO PEKERJA TASKA PUKUL DADA KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN UBAT TERSEBAR !

No comments :

Sebuah rakaman video kes penderaan kanak-kanak mula viral di laman Facebook tengah hari tadi.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang bekas pekerja sebuah taska yang tidak tahan dengan kezaliman seorang kakitangan taska berkenaan terhadap kanak-kanak yang dihantar ke taska itu.

""Assalamualaikum oh media. Saya nk share video penderaan kanak2 di taska saya pernah bekerja dulu. Sebab tak tahan dengan kezaliman seorang staff ni saya berhenti. Staff lain xberani tegur sbb dia staff lama, lagi satu mulut dia sangat jahat selalu cakap budak tu budak ni hodoh. Mohon sebarkan agar parents kat luar tu lebih berhati hati memilih taska."

Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat cuba memaksa kanak-kanak malang itu menelan ubat yang disuap menggunakan picagari.

Berang dengan kanak-kanak terbabit yang enggan makan ubat yang dibekalkan oleh ibunya, wanita itu bertindak menutup hidungnya serta menyuap ubat secara paksa.

Tindakannya kasarnya itu menyebabkan kanak-kanak terbabit menangis. Wanita itu sekali lagi cuba memaksa si kecil menghabiskan ubat tersebut. Namun ditolak oleh kanak-kanak terbabit.

Geram dan hilang kesabaran menghadapi situasi itu, wanita berkenaan memukul dada kanak-kanak itu dengan kuat menyebabkan dia menangis sekali lagi.

Mohon sebarkan kepada semua dan mohon yang mengenali pekerja taska terbabit tampil mendedahkan nama dan lokasi taska berkenaan. - My Media Hub

Wednesday, 29 October 2014

KANTOI MENCURI, WANITA DIBOGELKAN DI KHALAYAK RAMAI (3 GAMBAR)

No comments :

Seorang wanita dibiarkan tanpa baju setelah dilucutkan oleh seorang pemilik kedai yang marah setelah menangkap dia cuba mencuri.

Gambar ini dirakamkan kamera oleh orang yang melewati tempat tersebut di Wenzhou, di timur wilayah Zhejiang China. Wanita yang bernama Yu Chung ,28, telah di tuduh mencuri pakaian, dan berjaya ditangkap oleh pemilik kedai

Pemilik kedai Furious Mei Hsueh, 39, kemudian memberitahu polis dia hanya menyampaikan hukuman, dengan melucutkan pakaian beliau untuk mencegahnya dari melarikan diri.

Pemilik kedai berkata: "pencuri ini cuba untuk mencuri pakaian saya." Dia akan berfikir dua kali sebelum dia melakukan pekara seperti ini lagi "" Hal itu dimaksudkan untuk menjadi peringatan bagi semua orang pencuri di luar sana untuk menunjukkan kepada mereka.

Pemilik kedai melucutkan baju wanita itu sebelum menarik bra beliau di hadapan orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Kemuadian wanita melutut di kaki pemilik kedai, memohon untuk memberikan kembali coli dia supaya dia boleh menutupi dirinya dari orang ramai yang berkumpul untuk menonton. Bagaimanapun tidak ada laporan polis yang dibuat terhadap wanita itu oleh pemilik kedai tersebut. " -DAIRISHARE

Thursday, 25 September 2014

SERET ANJING GUNA KERETA, LELAKI DIBURU BERJUTA-JUTA PENGGUNA LAMAN SOSIAL !

No comments :

GUANGZHOU – Seorang lelaki di bandar ini ‘diburu’ berjuta-juta pengguna laman sosial selepas tindakannya mengheret seekor anjing dengan menggunakan sebuah kereta di sebatang jalan di bandar Shantou di wilayah Guangdong, China tersebar di internet, lapor London Evening Standard Online kelmarin.

Tindakan kejam lelaki tersebut dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh seorang pengguna jalan raya sebelum memuat naik video berkenaan di laman sosial popular China, Weibo.

Video berkenaan memaparkan anjing berkenaan diseret di belakang kereta yang dipandu laju sehingga menyebabkan kakinya berdarah.

Pengguna laman sosial berkenaan yang terkejut dengan tindakan tersebut kemudiannya ‘memburu’ pemandu berkenaan dengan menyiasat latar belakangnya sebelum menyiarkan nama, alamat dan nombor telefon lelaki itu.

Ekoran itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zheng membuat permohonan maaf di sebuah stesen televisyen tempatan selepas tertekan dengan dengan kecaman yang diterimanya.

“Saya sebenarnya mahu menghalau anjing itu kerana ia sering menggigit dan menyerang orang,” katanya, lapor Agensi.

Thursday, 11 September 2014

GARA-GARA TERSALAH LETAK KERETA, WANITA DIBELASAH TERUK (VIDEO)

No comments :

Hanya kerana tersilap parkir di tempat orang lain, seorang wanita dibelasah teruk oleh dua orang lelaki yang naik hantu di tempat letak kereta.

Mangsa ditampar berkali-kali oleh salah seorang lelaki itu. Manakala rakannya pula bertindak menendang mangsa tanpa sedikit pun perasaan belas kasihan.

Telefon bimbit mangsa juga dilempar sampai pecah selain dari keretanya turut ‘dibelasah’ oleh dua lelaki berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua lelaki dayus itu tidak berpuas hati kerana mangsa tersilap parkir di petak yang telah dibayar oleh mereka.

Bagaimanapun, kejadian itu disaksikan oleh seorang lelaki yang hanya tercongok berdekatan tempat kejadian tanpa berbuat apa-apa untuk membantu wanita berkenaan.

Thursday, 21 August 2014

VIDEO LELAKI KANTOI CURI DUIT MASJID DIPUKUL DENGAN KIPAS ANGIN

No comments :

Kes-kes kecurian duit masjid atau tabung masjid sudah biasa kita dengar. Kebanyakan kes seperti ini biasanya dirakam oleh CCTV yang dipasang oleh pihak masjid.

Terbaru, satu kes kecurian telah berlaku di sebuah masjid dan pencuri itu juga berjaya ditahan oleh jemaah di dalam masjid tersebut.

Apabila disuruh mengaku dan melihat semula rakaman, pencuri berkenaan berkata dia hanya hendak memasukkan duit ke dalam tabung itu.

Wednesday, 13 August 2014

BAYI COMEL INI MAUT SELEPAS KOMA 6 HARI AKIBAT DIDERA

No comments :


Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan yang dipercayai mangsa dera akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 7 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lalu.

Bapa saudara bayi terbabit yang mahu dikenali sebagai Helmi berkata, mangsa Nurain Damia Mohamad Naqiuddin berusia setahun dua bulan sebelum itu menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepala selepas dikejarkan ke hospital pada Khamis lalu dan berada dalam keadaan koma selama enam hari.

"Buat masa ini jenazah Damia sedang menjalani proses bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Cheras iaitu di kawasan perumahan neneknya," kata Helmi ketika dihubungi Harian Metro.

Nurain Damia disahkan mengalami pendarahan otak selepas didakwa terjatuh daripada kerusi ketika di bawah jagaan pengasuhnya.

Bagaimanapun ibu mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya didera dan mendakwa sebelum ini ada kesan lebam pada badan bayi itu.

Damia sudah dua bulan diletakkan dalam jagaan pengasuh berusia 30-an yang turut menjaga seorang lagi kanak-kanak lelaki.- Metro

Monday, 11 August 2014

VIDEO LELAKI CUBA JERAT PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAH MENGENAH SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH TERSEBAR !

No comments :


Kejadian dirakam pada 8/8/2014 kira-kira jam 5 petang oleh pelajar perempuan tingkatan 5 di hadapan Sekolah Menengah Saujana Utama, Sungai Buloh.

Penunggang motosikal berkenaan mendekati beberapa pelajar perempuan dan menceritakan tentang kematian bapanya. Lelaki itu kemudian bertanya sama ada mereka mengenali mana-mana rumah orang kaya bagi membolehkan dia meminta bantuan kewangan serta minta ditunjukkan jalan.

Apabila tidak dilayan, lelaki berkenaan cuba berkenalan dengan pelajar perempuan yang ada di situ selain dari bertanyakan alamat dan nombor telefon mereka. Dia juga memperkenalkan dirinya sebagai Din dan memberikan nombor telefonnya (017-3131093) untuk menjadi abang angkat.

Sekali lagi pelajar perempuan yang ada pada waktu itu tidak mengendahkan lelaki terbabit. Lalu lelaki itu mula terkumat kami membaca beberapa patah ayat sebelum beredar.

Selepas menonton video yang dirakam berkenaan, rakan-rakan pelajar perempuan tersebut mengesahkan mereka juga pernah didekati oleh lelaki yang sama dengan kisah yang sama ketika menjamu selera di KFC Saujana Utama pada 11 Jun 2014.

Menurut sumber terkini, lelaki berkenaan masih bebas dan merayau-rayau di kawasan sekolah dan Saujana Utama. Mohon ibu bapa nasihatkan anak-anak perempuan yang tinggal di kawasan Saujana Utama, berhati-hati.

KEJAM ! 4 GAMBAR MAYAT WANITA MENGANDUNG DISUMBAT DALAM BEG BAPAKAIAN

No comments :
 
MAYAT seorang perempuan dipercayai warga asing dalam lingkungan umur 20-an ditemui mati dibunuh dengan kejam sebelum disumbat ke dalam beg pakaian dan dicampak ke longkang di Taman Jaya,Gemas Negeri Sembilan.

Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan,mangsa didapati mengandung dan punca kejadian sedang disiasat. Mayat telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.


Tuesday, 29 July 2014

9 GAMBAR "WANITA SIMPANAN" DIBELASAH & DIBOGELKAN DI TEMPAT AWAM

No comments :

Kejadian yang berlaku di China ini adalah kejadian terbaru selepas "frontier justice," di mana dua orang lelaki yang dibelasah hingga lembik selepas mencui.

Kali ini, seorang gadis di belasah oleh beberapa wanita kerana di dakwa menjadi perempuan simpanan.

Kejadian ini berlaku di luar sebuah kedai barangan elektronik Isnin lepas.


Wanita tersebut dibiarkan separuh bogel dab berlumuran darah

Gambar seterusnya menunjukkan penyerang cuba menarik rambut wanita berkenaan

Walaupun wanita ini dibelasah ditempat awam, orang ramai hanya mampu melihat begitu juga pihak berkuasa.