Wednesday, 13 August 2014
BAYI COMEL INI MAUT SELEPAS KOMA 6 HARI AKIBAT DIDERA
Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan yang dipercayai mangsa dera akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 7 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lalu.
Bapa saudara bayi terbabit yang mahu dikenali sebagai Helmi berkata, mangsa Nurain Damia Mohamad Naqiuddin berusia setahun dua bulan sebelum itu menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepala selepas dikejarkan ke hospital pada Khamis lalu dan berada dalam keadaan koma selama enam hari.
"Buat masa ini jenazah Damia sedang menjalani proses bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Cheras iaitu di kawasan perumahan neneknya," kata Helmi ketika dihubungi Harian Metro.
Nurain Damia disahkan mengalami pendarahan otak selepas didakwa terjatuh daripada kerusi ketika di bawah jagaan pengasuhnya.
Bagaimanapun ibu mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya didera dan mendakwa sebelum ini ada kesan lebam pada badan bayi itu.
Damia sudah dua bulan diletakkan dalam jagaan pengasuh berusia 30-an yang turut menjaga seorang lagi kanak-kanak lelaki.- Metro
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment