Thursday, 30 October 2014

VIDEO PEKERJA TASKA PUKUL DADA KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN UBAT TERSEBAR !

No comments :

Sebuah rakaman video kes penderaan kanak-kanak mula viral di laman Facebook tengah hari tadi.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang bekas pekerja sebuah taska yang tidak tahan dengan kezaliman seorang kakitangan taska berkenaan terhadap kanak-kanak yang dihantar ke taska itu.

""Assalamualaikum oh media. Saya nk share video penderaan kanak2 di taska saya pernah bekerja dulu. Sebab tak tahan dengan kezaliman seorang staff ni saya berhenti. Staff lain xberani tegur sbb dia staff lama, lagi satu mulut dia sangat jahat selalu cakap budak tu budak ni hodoh. Mohon sebarkan agar parents kat luar tu lebih berhati hati memilih taska."

Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat cuba memaksa kanak-kanak malang itu menelan ubat yang disuap menggunakan picagari.

Berang dengan kanak-kanak terbabit yang enggan makan ubat yang dibekalkan oleh ibunya, wanita itu bertindak menutup hidungnya serta menyuap ubat secara paksa.

Tindakannya kasarnya itu menyebabkan kanak-kanak terbabit menangis. Wanita itu sekali lagi cuba memaksa si kecil menghabiskan ubat tersebut. Namun ditolak oleh kanak-kanak terbabit.

Geram dan hilang kesabaran menghadapi situasi itu, wanita berkenaan memukul dada kanak-kanak itu dengan kuat menyebabkan dia menangis sekali lagi.

Mohon sebarkan kepada semua dan mohon yang mengenali pekerja taska terbabit tampil mendedahkan nama dan lokasi taska berkenaan. - My Media Hub

No comments :

Post a Comment