Wednesday, 19 November 2014
LUAHAN HATI MAS IDAYU DIMALUKAN PESERTA UJIBAKAT MENTOR YANG BIADAB
Setelah tersebarnya insiden seorang peserta ujibakat Mentor Legend yang sangat berani mempersoalkan keputusan dan kredibiliti Mas Idayu, ramai yang menyelar tindakan kedua-dua pihak.
Ada yang menggatakan Edry terlalu biadab sehingga tidak hormat pada keputusan Mas Idayu. Malah tidak sedar diri yang dia hanyalah seorang peserta. Manakala Mas Idayu pula diselar kerana terlalu tegas dan berlagak dalam pemilihan peserta yang diinginkan mengikut kriterianya.
Bagaimanapun, ini pula luahan hati Mas Idayu akan pandangan negatif para-para netizen terhadap dirinya.
Saya tidak rasa malu dan tidak terasa hati pun dengan kritikan yang diberikan kerana saya sudah berada di tahap berbeza dengan peserta itu. Siapa dia untuk pandang rendah kepada saya yang mempunyai pengalaman selama 22 tahun dalam industri seni, sedangkan dia baru berusia 22 tahun dan bukan siapa-siapa. Jika saya tidak bagus, kenapa dia datang uji bakat program kendalian saya?
Selepas episod saya dikritik itu disiarkan, ramai yang menganggap peserta itu mempunyai masalah kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa dia tidak boleh menyanyi. Saya masih seperti biasa, tiada apa pun yang terjejas.
Ya, ini kali pertama (peserta kurang ajar). Saya tidak pernah jumpa orang seperti itu. Selalunya, peserta merayu minta untuk dipilih, bukannya melepaskan geram kepada juri.
Ikutkan hati, mahu sahaja saya baling kasut tinggi yang saya pakai ke mukanya, sebab terlalu geram tetapi saya fikir balik, buat apalah saya mahu jadi seperti dia. Lebih baik saya bersabar, nanti imej saya pula yang buruk. Inilah asam garam dunia artis, harus banyak bersabar.
Menarik pula tengok sesi ujibakat Mentor Legend. Mesti banyak drama.. lagi² bila ada peserta yang gila² orangnya.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment