Wednesday, 19 November 2014

PUNCA DATO' EIZLAN YUSOF BERCERAI

No comments :

Baru-baru ini kita telah dikejutkan tentang kes penceraian pasangan Dato Eizlan Yusof dan Datin Vie Santie Harun di mana Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur baru-baru ini.

Jarang sangat atau mungkin kita tidak pernah dengar lansung gosip-gosip tentang pasangan ini tetapi tiba-tiba tanpa disangka kejadian ini boleh berlaku. Mereka sekarang dalam proses bercerai dan kes akan dibicara semula di mahkamah 13 Januari tahun depan.

Dalam perkongsian hidup mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel-comel iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang masih kecil dan memerlukan lebih kasih sayang ibubapa.

Kali ini kami kongsi punca kenapa pasangan ini bercerai mungkin sahih atau tidak berdasarkan komen-komen di facebook dan ada juga yang berharap mereka memikirkan kembali sebelum bercerai.

Apapun sekali puncanya harap pasangan ini tabah dan kuat untuk mempertahankan hubungan tersebut.


Sumber Dari : blog siakap.keli

No comments :

Post a Comment