Tuesday, 29 July 2014

3 GAMBAR: FARISH JAWAB KRITIKAN PEMINAT SELFIE DI #KUBURAN

No comments :

Apabila Hari Raya menjelang tiba, acara melawat kubur ahli keluarga yang sudah pergi sudah menjadi kemestian bukan sahaja dari kalangan orang biasa malah golongan artis juga.

Begitupun, ada berita kurang enak didengar mengenai seorang pelakon, DJ radio dan pengacara terkenal, Farish Aziz yang dikatakan terlalu obses dengan selfie sehingga sanggup berselfie di dekat kubur.

Lebih teruk, rakannya yang bergambar bersama telah terpijak kubur keluarga lain yang berada berhampiran.

Susulan perkongsian foto selfie itu di laman Instagram peribadinya, Farish menerima teguran dan kritikan teruk dari sebahagian peminatnya. Apapun, beliau dan rakannya mungkin tidak mempunyai niat yang tidak baik dan sekadar berseronok.




No comments :

Post a Comment