Wednesday, 23 July 2014

INDAH KHABAR DARI RUPA, PELANGGAN BERANG BAJU RAYA JAKEL TIDAK BERKUALITI

No comments :

"Ingat Kain, Ingat Jakel"

Itulah tagline syarikat bumiputera, Jakel yang ditubuhkan semenjak 1985 dan mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai Largest Textile Gallery di Malaysia.

Awal-awal ramadhan yang lalu, Jakel dengan hangatnya mempromosi baju raya melalui media tv. Baju Melayu Zizan Razak dan Aaron Aziz antara 'hot cake' yang dipromosikan di kaca tv menyebabkan ramai pelanggan yang menyerang premis-premis Jakel di seluruh negara.

Namun, ada juga cerita yang kurang enak mengenai Jakel didedahkan oleh para pelanggannya di Facebook rasmi Jakel.

Harganya, bukanlah semurah yang disangkakan. 1 baju melayu cap Zizan Razak je harganya menjangkau RM299. Adalah tidak berbaloi untuk anda yang bergaji RM1,500 ke bawah nak beli baju raya semahal itu. Walau bagaimanapun, atas dasar minat, suka dan tertarik, ada juga yang membelinya. Tak mengapa, itu pilihan pelanggan. Jika mampu, belilah.. tak salah kan?

Apa yang mula dipertikaikan oleh pelanggan ialah, kualiti baju melayu yang dijual tidak setanding dengan harga yang dikenakan. Bagi pelanggan, jika barangan yang dibeli dengan harga mahal RM200 ke atas, kualitinya mesti tip top juga. Bukannya sembrono gaya pembuatannya.


Menurut seorang pelanggan Jakel, dia telah ditipu dan tertipu. Tidak seperti yang disiarkan di iklan tv yang mengatakan harga lebih RM60, tetapi bila tiba di kedai Jakel sendiri, harganya RM150 ke RM200+. Pelanggan malang yang menggunakan nama samaran Styletto Faz itu membuat perbandingan kain dengan kiosk di tepai jalan, produk di tepi jalan lebih berkualiti dari produk Jakel. Serik dengan kejadian itu, Faz menjadikan perkara itu sebagai pengalaman pertama dan terakhir membeli produk Jakel.

Apa sudah jadi?

Apakah Jakel takut kehilangan pelanggan yang ramai, lantas mengarahkan 'kilang²'nya mempercepatkan stok produk jualan sehingga terpaksa mengabaikan kualiti produk?


Ini pula pengalaman dari seorang pelanggan yang menerima layanan buruk dari Jakel Shah Alam. Salah seorang staf Jakel memaksanya membuat bayaran terlebih dahulu semata-mata untuk mengejar masa 'happy hour'. Adhm Bsri juga dijanjikan oleh staf tersebut akan mencari saiz dan warna yang dikehendakinya. Namun, setelah membuat pembayaran, tiada hasil.

Nampaknya ramai sudah tertipu. Sebuah syarikat yang mendapat nama dalam Malaysia Book of Record telah menjejaskan kepercayaan orang ramai.


Sebenarnya ada banyak lagi aduan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan Jakel. Bagaimanapun telah dipadamkan oleh admin Facebook Pages Jakel yang tidak telus. Perbuatan mereka ini bagaikan satu tindakan yang menghina maruah pelanggan dan Jakel gagal menerima teguran dari pelanggan.

Diharapkan Jakel tampil menjawab segala aduan pelanggan, bukannya membakul sampahkan aduan mereka. Berniagalah dengan baik dan bijak jika ingin bertahan lama dalam industri perniagaan kain.

No comments :

Post a Comment