Monday 7 July 2014

JOHAN MENANG RM170,100 !

No comments :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan pengarah serta syarikat penerbitan Juara Filem Production Sdn. Bhd. membayar ganti rugi sebanyak RM170,100 kepada Johan Raja Lawak dan isteri berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran sebuah drama di Negeri Sembilan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dengan kos ganti rugi tersebut ditanggung oleh Mohd. Javerd Mohd. Nizar, 37, dan syarikat penerbitan itu selaku defendan.

Geok Yiam dalam penghakimannya berkata, berdasarkan kecederaan yang dialami oleh Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, merupakan parut yang kekal.

Sumber: Sinar Harian

No comments :

Post a Comment