Wednesday 16 July 2014

LAGI VIDEO 'ROAD BULLY' TERSEBAR, LOCK STEERING TIADA, BATU PUN JADI !

No comments :

Sebuah video ‘road bully’ mula tersebar di laman Facebook. Video yang tidak bersuara ini mengundang pelbagai persoalan orang ramai, apakah sebenarnya punca permasalahan di antara pemandu lori dengan penunggang motosikal terbabit.

Apa yang dapat disaksikan ialah, penunggang motosikal terbabit cuba menyerang pemandu lori yang juga si perakam video ini.

Cubaan pertamanya gagal memaksa pemandu lori membuka tingkap. Berang dengan kegagalannya, lelaki berkenaan cuba memecahkan cermin depan lori mangsa dengan batu.

Pemandu lori yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, terus cuba mengejarnya tetapi gagal.

Jika anda mempunyai cerita yang sebenar mengenai kejadian ini, kongsikan bersama kami. - My Media Hub
 

No comments :

Post a Comment