Wednesday, 16 July 2014

"WHAT HAPPENED TO ME? SO SAD! WILL CHANGE MY PLATE NUMBER SOON" - KIKI #CDM25 MOHON MAAF

No comments :

2 jam yang lalu, Kiki Kamaruddin atau lebih dikenali dengan nama gelaran Kiki CDM25 mula mengemaskini status pagenya dengan kata-kata seperti berikut:

"What happened to me? So sad! Will change my plate number soon."

Statusnya itu mendapat respon 201 pengguna Facebook. Ada yang menyarankan tidak perlu menukar nombor pendaftaran, sebalik tukar cara dan adab bila berdepan dengan orang lain.

Dalam page itu juga, Kiki menegaskan insiden yang terjadi tiada kaitan dengan syarikat Kerja Kahwinan SDN BHD, tempatnya mencari sesuap nasi. Dalam masa yang sama dia turut memohon maaf di atas tindakannya tempoh hari.

Kiki juga memohon agar orang ramai memberikan ruang dan menyatakan dia juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Disamping itu Kiki memohon agar page-page yang diwujudkan semata-mata untuk menjadikannya sebagai bahan lawak dihentikan serta merta.


Berkenaan dengan kata-katanya yang berbaur perkauman dalam video yang tersebar meluas di laman sosial, Kiki menjelaskan dia tidak tahu bahawa jika memanggil seseorang itu 'cina' akan dianggap sebagai perkauman. Kiki sebelum ini pernah mengalami pengalaman yang buruk dengan cina dimana dia telah ditipu dalam bentuk wang ringgit.

Kiki sekali lagi merayu pada orang ramai agar tidak mengancam dirinya dan anak-anaknya di masa akan datang. Dia juga merayu agar videonya dibuang serta merta dan dia mengakui apa yang terjadi adalah kesilapan yang datang dari dirinya.

Biarpun ada yang menyarankan Kiki membuat satu video pemohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia terutamanya uncle yang menjadi mangsa bulinya itu, Kiki terpaksa menolak. Ini kerana dalam saat ini, dia tidak berupaya membuat sebarang kenyataan. Ditambah pula dengan pelbagai persoalan dari pihak keluarganya sendiri, jiran dan juga rakan-rakannya. Namun dia tidak menolak berkemungkinan dalam masa akan datang dia akan berbuat demikian.

Berkenaan dengan insiden yang dialami oleh ibu Azizul sebelum kejadian pelanggaran dengan uncle cina terbabit, Kiki berkata dia mengakui kesilapannya jika perkara itu benar.

Walau bagaimanapun, Kiki tidak teragak-agak membuat laporan polis jika ada sebarang pihak yang mengugut mengancam keselamatannya. Pada masa ini, sebaik-baiknya orang ramai memberikan sokongan dan nasihat yang membina, bukannya caci maki yang diperlukan.

57 minit yang lalu, pegawai penyiasat IPD Puchong telah menghubungi beliau untuk diambil keterangan.

Namun amarah orang ramai masih belum reda dan menyerang page Kiki bertalu-talu dengan sindiran Steering Lock. - My Media Hub

p/s: Kiki dah minta maaf, terimalah kemaafannya dengan hati yang terbuka.

No comments :

Post a Comment