Monday 15 September 2014

SHILA AMZAH SINDIR MEDIA TEMPATAN

No comments :
 

Shila Amzah kini membuat “Repost” untuk berterima kasih kepada mereka yang hadir ke konsert mega beliau yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagaimanapun pada pertengahan kata-kata beliau seakan-akan menyokong kenyataan bahawa sebahagian besar media berbahasa Melayu tidak memberti sokongan kepadanya dalam menjayakan konsert tersebut.

Namun kata-kata tersebut bukanlah dari jarinya sendiri tetapi tindakannya “repost” kenyataan tersebut secara tidak langsung menunjukkan yang dia bersetuju dengan kata-kata oleh admin shilaamzah_photography ini.

Hai, takkanlah Shila dah lupa segala sokongan, publisiti dan promosi yang telah diberikan media berbahasa Melayu terhadapnya sebelum ini?


Mentang-mentang dah jadi satu nama besar di China serta mencipta fenomena yang tersendiri terus lupa daratan dengan asal-usulnya satu ketika dulu ketika mahu mencipta nama dalam industri seni tempatan.

Takklah dia sudah lupa akan jasa-kasa serta sokongan, promosi, dan publisiti yang telah diberikan oleh media berbahasa Melayu terhadapnya sebelum ini bukan?

Menurut sumber Gua, bukan media berbahasa Melayu tidak mahu membuat liputan, tetapi memang tidak ada langsung jemputan daripada pihak Shila mahupun pihak pengurusannya sendiri yang dilayangkan buat media-media tersebut.

Sudahnya tidak dijemput takkan la media terhegeh-hegeh untuk membuat liputan.

Bagaimanapun penulis amat mengharapkan yang Shila dapat muhasabah diri dan menarik kata-kata tersebut. Mungkin juga terdapat kesilapan pada pihak media yang mungkin terlepas pandang terhadap konsert tersebut. Wallahualam, -SiakapKeli.com

No comments :

Post a Comment