Monday 3 November 2014

ADIK SITI NURHALIZA, SITI SAERAH DICERAI TALAK 3 !

No comments :

KUALA LUMPUR – Siti Saerah Tarudin, 31, adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, enggan mengulas mengenai perceraiannya dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober lalu.

Menurut Saerah, buat masa ini dia lebih selesa untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai perkara tersebut.

“Saya minta maaf, bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Saerah yang berkahwin pada 27 Oktober 2010, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2, dan Ahmad Aisy, 10 bulan, dikatakan telah diceraikan dengan talak tiga.

Dalam laman sosialnya, Siti Nurhaliza turut berkongsi kata-kata semangat dengan adiknya itu dan meminta Saerah tabah menghadapi ujian, lapor Utusan.

No comments :

Post a Comment