Thursday, 20 November 2014
JAWAPAN TNB TERHADAP DAKWAAN PEKERJA PUKUL PENDUDUK KAMPUNG
Kes
pukul penduduk oleh pekerja TNB di Guar Nangka Perlis masih dalam
siasatan polis: Gambar pemilik tanah terbaring adalah disebabkan beliau
terjatuh ketika cuba menghalang pihak kontraktor melakukan kerja-kerja
tensioning. Tiada sebarang physical contact berlaku ketika kejadian.
Semalam telah menjadi perbualan hangat di media sosial di mana seorang isteri dikatakan cuba melindungi suaminya dari terus dibelasah oleh kakitangan TNB kerana keengganannya membenarkan pihak TNB memasang kabel bervoltan tinggi merentasi kawasan tanah beliau kerana tidak diberi pampasan oleh TNB.
Dibawah adalah gamabr-gambar yang tersebar di media sosial.
Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Guar Nangka, Perlis itu bagaimana pun masih dalam siasatan pihak polis kerana terdapat percanggahan dalam laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.
Berikut adalah kenyataan daripada pihak TNB di petik melalui laman sosialnya.
“Bahagian Penghantaran TNB telah memaklumkan pihak admin bahawa kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas apabila kontraktor TNB sedang menarik pilot wire di tanah pemilik. Sebelum itu, Bahagian Penghantaran telah cuba menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah enggan menerimanya.
Semalam telah menjadi perbualan hangat di media sosial di mana seorang isteri dikatakan cuba melindungi suaminya dari terus dibelasah oleh kakitangan TNB kerana keengganannya membenarkan pihak TNB memasang kabel bervoltan tinggi merentasi kawasan tanah beliau kerana tidak diberi pampasan oleh TNB.
Dibawah adalah gamabr-gambar yang tersebar di media sosial.
Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Guar Nangka, Perlis itu bagaimana pun masih dalam siasatan pihak polis kerana terdapat percanggahan dalam laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.
Berikut adalah kenyataan daripada pihak TNB di petik melalui laman sosialnya.
“Bahagian Penghantaran TNB telah memaklumkan pihak admin bahawa kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas apabila kontraktor TNB sedang menarik pilot wire di tanah pemilik. Sebelum itu, Bahagian Penghantaran telah cuba menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah enggan menerimanya.
Pasukan
projek telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan
pemilik tanah juga membuat laporan polis dengan kenyataan yang berbeza.
Pihak polis telah menjalankan siasatan dan menasihatkan pihak TNB untuk membuat laporan polis kedua mengenai kes ini.
Kes ini telah menjadi kes polis dan di harap warga kerja tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan.”
Bagaimanapun kami telah cuba mendapatkan respon dari pihak TNB tetapi tiada maklumat diperolehi kerana kes ini masih didalam siasatan.
Pihak polis telah menjalankan siasatan dan menasihatkan pihak TNB untuk membuat laporan polis kedua mengenai kes ini.
Kes ini telah menjadi kes polis dan di harap warga kerja tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan.”
Bagaimanapun kami telah cuba mendapatkan respon dari pihak TNB tetapi tiada maklumat diperolehi kerana kes ini masih didalam siasatan.
Wednesday, 19 November 2014
LUAHAN HATI MAS IDAYU DIMALUKAN PESERTA UJIBAKAT MENTOR YANG BIADAB
Setelah tersebarnya insiden seorang peserta ujibakat Mentor Legend yang sangat berani mempersoalkan keputusan dan kredibiliti Mas Idayu, ramai yang menyelar tindakan kedua-dua pihak.
Ada yang menggatakan Edry terlalu biadab sehingga tidak hormat pada keputusan Mas Idayu. Malah tidak sedar diri yang dia hanyalah seorang peserta. Manakala Mas Idayu pula diselar kerana terlalu tegas dan berlagak dalam pemilihan peserta yang diinginkan mengikut kriterianya.
Bagaimanapun, ini pula luahan hati Mas Idayu akan pandangan negatif para-para netizen terhadap dirinya.
Saya tidak rasa malu dan tidak terasa hati pun dengan kritikan yang diberikan kerana saya sudah berada di tahap berbeza dengan peserta itu. Siapa dia untuk pandang rendah kepada saya yang mempunyai pengalaman selama 22 tahun dalam industri seni, sedangkan dia baru berusia 22 tahun dan bukan siapa-siapa. Jika saya tidak bagus, kenapa dia datang uji bakat program kendalian saya?
Selepas episod saya dikritik itu disiarkan, ramai yang menganggap peserta itu mempunyai masalah kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa dia tidak boleh menyanyi. Saya masih seperti biasa, tiada apa pun yang terjejas.
Ya, ini kali pertama (peserta kurang ajar). Saya tidak pernah jumpa orang seperti itu. Selalunya, peserta merayu minta untuk dipilih, bukannya melepaskan geram kepada juri.
Ikutkan hati, mahu sahaja saya baling kasut tinggi yang saya pakai ke mukanya, sebab terlalu geram tetapi saya fikir balik, buat apalah saya mahu jadi seperti dia. Lebih baik saya bersabar, nanti imej saya pula yang buruk. Inilah asam garam dunia artis, harus banyak bersabar.
Menarik pula tengok sesi ujibakat Mentor Legend. Mesti banyak drama.. lagi² bila ada peserta yang gila² orangnya.
PUNCA DATO' EIZLAN YUSOF BERCERAI
Baru-baru ini kita telah dikejutkan tentang kes penceraian pasangan Dato Eizlan Yusof dan Datin Vie Santie Harun di mana Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur baru-baru ini.
Jarang sangat atau mungkin kita tidak pernah dengar lansung gosip-gosip tentang pasangan ini tetapi tiba-tiba tanpa disangka kejadian ini boleh berlaku. Mereka sekarang dalam proses bercerai dan kes akan dibicara semula di mahkamah 13 Januari tahun depan.
Dalam perkongsian hidup mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel-comel iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang masih kecil dan memerlukan lebih kasih sayang ibubapa.
Kali ini kami kongsi punca kenapa pasangan ini bercerai mungkin sahih atau tidak berdasarkan komen-komen di facebook dan ada juga yang berharap mereka memikirkan kembali sebelum bercerai.
Apapun sekali puncanya harap pasangan ini tabah dan kuat untuk mempertahankan hubungan tersebut.

Sumber Dari : blog siakap.keli
Tuesday, 18 November 2014
"SAYA MINTA MAAF" - DIANA DANIELLE
Aktres Diana Danielle, 23, menjelaskan tindakannya meninggalkan sebuah majlis pelancaran produk baru-baru ini hanyalah salah faham dan bukan mengelak atau melarikan diri daripada pihak media.
“Saya minta maaf kepada semua media yang terasa dengan saya pada tempoh hari. Sebenarnya, saya diarahkan pegawai perhubungan awam (PRO) acara tersebut supaya pulang kerana kerja saya telah pun selesai,” katanya kepada Malaysian Digest pada sesi prebiu filem terbaru lakonan suaminya, Farid Kamil berjudul ‘Kaki Kitai’ di Puchong, Selangor, semalam.
Menurutnya, dia menunggu media untuk menemubualnya selepas majlis berkenaan selesai tetapi mendakwa diarah pulang PRO berkenaan.
“Memang sebelum itu saya dimaklumkan pihak media mahu menemubual dan saya pun tertanya tentang sesi temubual itu.
“Saya memang sudah bersedia untuk ditemubual tetapi apabila diarah pulang, saya terus pulang tambahan saya memang letih sebab baru balik dari Jakarta sebelum terus ke acara berkenaan,” katanya.
Heroin filem epik termahal dalam sejarah negara, Hanyut arahan U-Wei Shaari ini tidak menyalahkan mana-mana pihak mahupun laporan negatif tentang dirinya sebaliknya berharap hal itu tidak dibangkitkan lagi.
“Saya tak salahkan mana-mana pihak. Malah, saya tidak kecewa dengan laporan negatif terhadap saya.
“Cuma, saya berharap jika inginkan lebih penjelasan, pihak media yang melaporkan itu boleh bertanya kepada pihak PR terbabit,” ujarnya.
Sementara itu, Diana menyatakan masih belum aktif berlakon sepenuhnya memandangkan anaknya, Muhammad yang kini berusia setahun empat bulan masih menyusu badan.
Sejak bergelar isteri dua tahun lalu, Diana mengakui seronok menguruskan keluarga.
Diana berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran telefilem, Talak dan mengakui tertarik terhadap skrip dan karakter yang dilakonkan sebagai wanita bertudung.
“Saya terima berlakon dalam telefilem ini kerana ia mengisahkan pasangan suami isteri yang berdepan ujian alam rumah tangga hingga membawa kepada perceraian. “Masyarakat kita hari ini banyak berdepan perceraian. Jadi, kisah drama ini sebagai satu kesedaran untuk masyarakat,” katanya.
Watak berhijab tidak memberi masalah kepada Diana tetapi dia berharap peminat tidak keliru kerana penampilannya itu sekadar menghidupkan watak.
“Belum sampai seru lagi. Insha Allah saya berdoa agar dibukakan pintu hati untuk ke arah itu satu hari nanti,” katanya, lapor Malaysian Digest.
Monday, 17 November 2014
VIDEO NORA DANISH JATUH PARIT
Sebuah video yang dimuat naik oleh Nora Danish menerima 20 ribu likes daripada peminatnya kerana video tersebut menayangkan insiden pelakon jelita itu terjatuh ke dalam parit. Tergelak besar kami dibuatnya.
Siapa kata jadi pelakon itu senang? Apabila adanya babak-babak yang memerlukan anda untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, nak atau tidak, kena buat juga kan? Tak pedulilah anda artis gred apa sekalipun.
Tapi perkara itu dianggap sebagai satu pengalaman berharga buat Nora yang nampaknya perlu melakonkan scene jatuh parit semasa penggambaran filem ‘Suamiku Jatuh Dari Langit‘. Nampak real okay!
Khabarnya filem itu bakal menyaksikan Nora berlakon bersama Qi Razali. Nak tahu best ataupun tak filem tersebut, kenalah tunggu hari tayangannya. - OhBulan!
Wednesday, 12 November 2014
3 GAMBAR ROMANTIK AWAL ASHAARI & SCHA AL-YAJYA DI BALI, INDONESIA
Wow! romantiknya pasangan ini.. sweet sangat tengok mereka.. Such a beautiful couple kan.. semoga Allah satukan kalian hingga ke dalam Jannah. aamiin <3
oh ya , untuk pengetahuan, Awal dan Scha kini sedang bercuti di Bali, Indonesia (kalau xsilap). Teringin juga admin nak kesana satu hari nanti hehe..
Korang boleh tengok banyak lagi gambar romantik mereka di Instagram Scha di sini
GAMBAR TIZ ZAQYAH BERSINGLET DIKRITIK

MEMANG tidak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.
Mungkin dek kerana itu, kami perasan sejak akhir-akhir ini penampilan dan cara Tiz Zaqyah sering sahaja disalah erti. Kebanyakan mereka sering membandingkan perwatakan Tiz Zaqyah dengan karakternya dalam filem atau drama yang dilakonkannya.
Terkini, foto Tiz memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai ‘kakak’nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.
Walaupun Tiz sudah menyatakan melalui kapsyen bahawa dia dan jurumekap tersebut tidak berpelukan, namun, peminat masih tak berpuas hati dan menegur pelakon jelita ini.
Alah bisa tegal biasa. Mungkin kerana sudah lali dengan teguran, pelakon cantik itu nampaknya tenang dan tidak lagi mahu melayan komen-komen berbentuk provokasi itu, lapor Ohbulan.
MALAYSIA HANTAR 2 WAKIL KE PERTANDINGAN RATU PONDAN DUNIA !
Penyertaan Miss International Queen 2014 atau Pertandingan Ratu Pondan 2014 yang berlangsung semalam di negara jiran,Thailand mendapat sambutan hangat apabila seramai 25 peserta daripada seluruh negara termasuklah negara kita....
Sangat ‘membanggakan’ apabila ada dua wakil dari Malaysia untuk pertandingan ini dan sememangnya Malaysia akan lebih terkenal kerana mereka berdua ini telah ‘mengharumkan’ nama Malaysia...#OMG
Okay, nak tahu siapa dua peserta yang mewakili Malaysia? Sudah pasti nak tahu kan. Nama mereka berdua adalah aum aum si Cicie Sinclair dan si cantik manis Hendra. Kelasss ko nyah!!!Pssttt… mungkin nama sebenar beliau adalah Hendry kot. Nak lihat gambar Ratu Pondan Malaysia? Ada kat bawah tu…
Semua peserta mewakili negara masing-masing iaitu Filipina, Singapura,Brazil,Vietnam,Korea Selatan, Malaysia, Turki, Jepun, Sepanyol, Thailand, Chile, Myanmar, Nicaragua, Mongolia, Russia, Venezuela, USA, Jepun, Peru dan Cuba..
Sangat ‘membanggakan’ apabila ada dua wakil dari Malaysia untuk pertandingan ini dan sememangnya Malaysia akan lebih terkenal kerana mereka berdua ini telah ‘mengharumkan’ nama Malaysia...#OMG
Okay, nak tahu siapa dua peserta yang mewakili Malaysia? Sudah pasti nak tahu kan. Nama mereka berdua adalah aum aum si Cicie Sinclair dan si cantik manis Hendra. Kelasss ko nyah!!!Pssttt… mungkin nama sebenar beliau adalah Hendry kot. Nak lihat gambar Ratu Pondan Malaysia? Ada kat bawah tu…
Semua peserta mewakili negara masing-masing iaitu Filipina, Singapura,Brazil,Vietnam,Korea Selatan, Malaysia, Turki, Jepun, Sepanyol, Thailand, Chile, Myanmar, Nicaragua, Mongolia, Russia, Venezuela, USA, Jepun, Peru dan Cuba..
GAMBAR-GAMBAR PESERTA MISS INTERNATIONAL QUEEN 2014...
SUMBER:TEH PANAS
8 GAMBAR BERHIJAB NORA DANISH YANG MEMBERAHIKAN
Fesyen seolah-olah Ratu dari Mesir ini digayakan oleh Nora Danish diapit pula empat orang pahlawan mesir purba berbadan sasa.Sekali pandang fesyen ini tak ubah lagi seperti trend berjilbob yang dipakai muda-muda sekarang.Bertudung tapi dada menonjol.Walau bagaimanapun ini bukanlah gaya terbaru janda panas meletup ini kerana ia hanya sempena perasmian dirinya dilantik sebagai duta Safi Rania Gold.

Sebelum ini Rozita Che Wan pernah dilantik sebagai duta.Nampaknya makin kaya la Nora Danish selepas ikat kontrak nanti ya.Itulah tuah artis kalau pengikut instagram berjuta dan mempunyai wajah jelita.
KEPALA PUTUS AKIBAT PERGADUHAN DI PERMATANG PAUH (4 GAMBAR)
Kepala lelaki terputus dan ada yang cedera parah akibat pergaduhan warga asing yang di percayai berlaku antara warga Asing Bangladesh dan Myanmar.
Mengikut sumber facebook Daily Traffic Report kejadian ini berlaku di Permatang Pauh Pulau Pinang, namun kesahihan tidak dapat di pastikan.
Kes ini sedang di siasat oleh pihak berwajib untuk mengetahui punca sebenar kejadian ngeri itu, keadaan mayat sungguh menyayat hati. Credit Daily Traffic Report
"DARIPADA DERHAKA, LEBIH BAIK BERPISAH" - PUNCA SEBENAR RAJA AZMI BERCERAI
AMPANG - Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan teguran suaminya, Mohd Eddie Ghazali antara penyebab dia memohon untuk bercerai selepas 13 bulan berumahtangga.
Raja Azmi, 55 berkata, walaupun mengakui kesilapannya kerana keluar rumah tanpa izin, namun cara teguran suaminya itu membuatkan hatinya benar-benar terluka dan sukar untuk diubati semula.
“Apabila dimarahi, hati saya terluka kerana saya terasa dengan tegurannya itu. Rasa sedih sangat-sangat. Dia (Eddie) telah pun memohon maaf dan memujuk, tetapi luka saya itu tidak terubat.
“Bagi saya, jika tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seperti ini, saya akan berterusan menjadi isteri yang derhaka. Lebih baik kami berpisah.
“Dia ada berusaha untuk mengekalkan rumah tangga ini, cuma mungkin saya yang langsung tidak berusaha,” katanya kepada mStar Online.
Raja Azmi ditemui selepas di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang Selasa selepas Mohd Eddie, 46, melakukan lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.05 petang.
Mohd Eddie menceraikan Raja Azmi dengan talak satu dan wanita itu diperintahkan untuk melalui tiga bulan tempoh edah atau tiga kali suci.
Dalam pada itu, Raja Azmi turut mengakui, sejak berkahwin pada 13 Oktober 2013, dia mendapati pelbagai percanggahan pendapat antaranya dengan Eddie terutamanya mengenai kehidupan.
“Kami kerap bergaduh hanya kerana percanggahan pendapat masing-masing. Dan perkara ini membuatkan perhubungan kami semakin sukar untuk diteruskan.
“Tetapi apabila tidak sebumbung, kami boleh pula berkomunikasi macam biasa. Apa yang saya nampak, mungkin kami lebih sesuai berhubung sebagai sahabat,” ujarnya.
Sementara itu, Eddie pula berkata, ini merupakan pengalaman pertamanya apabila terpaksa melalui dugaan bercerai dan perkara itu membuatkan dirinya sedikit sebak.
Bagaimanapun, kata Eddie, masalah perkahwinannya dengan Raja Azmi dijadikan sebagai pengajaran agar lebih berdiplomasi dalam menegur seorang isteri.
“Kesilapan saya adalah daripada segi teguran yang kasar sehingga mengundang sebelah pihak terasa hati. Tetapi nak buat macam mana, ia sudah pun berlaku dan hidup mesti diteruskan seperti biasa,” tuturnya.
Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini. Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21. Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21, lapor mStar.
KISAH PERCINTAAN EWAL AF2014 & CACHA MAEMBONG
Pemenang tempat ketiga #AF2014 Ewal tanpa segan silu memperjelaskan hubungan cintanya bersama Chacha Maembong telah lama berakhir.
Hubungan yang hanya bertahan selama 6 bulan itu atas dasar perbincangan mereka berdua tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
“Saya dah lama putus dengan Chacha, tahun lepas lagi kami tidak bersama. Punca perpisahan kami ialah kekangan masa dan kesibukan kerja, kami sama-sama faham,” kata Ewal
Menurutnya lagi, dia bersedia dengan apa jua cabaran sekiranya ia tidak mencetuskan kontoversi sehingga menggugat kerjayanya.
“Kisah cinta saya dengan Chacha pun tidaklah terlalu meliar sangat, sekadar memuat naik gambar Instagram sahaja. Saya kalau bercinta sikap dan tingkah laku saya jaga,” ujarnya.

Mengenai kariernya setelah tamat AF2014, Ewal telah bersedia sepenuhnya terutama konsep lagu yang ingin diketengahkan.
“Dulu saya memang gemar genre lagu rancak namun setelah tamat akademi ini, tenaga pengajar melihat potensi saya lebih kepada genre pop rock atau balada,” kata Ewal.
Ewal juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong yang mengundinya sehingga meraih tempat di Akademi Fantasia 2014.

5 GAMBAR MEWAH PERCUTIAN FIZO OMAR & MAWAR
Diam tak diam rupanya sudah setahun usia perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ni kan? Masih terbayang-bayang lagi dalam ingatan kami kemeriahan majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar pada tanggal 10 November tahun lalu.
Seperti kebanyakan pasangan lain, sudah pasti tarikh istimewa tersebut akan diingati dan disambut setiap tahun. Masa ni lah nak mengimbau kenangan suka duka selama bergelar suami isteri kan.
Mesti anda semua tertanya-tanya di manakah destinasi mereka menyulam cinta kali ini kan? Khabarnya percutian sempena anniversary mereka ini ala-ala orang kaya. Wahh!
Bila melihat laut yang secantik itu, kami sangkakan pasangan ini ke Pulau Maldives. Rupa-rupanya, pulau di Malaysia ni pun boleh tahan cun!
Sebenarnya, pasangan merpati ini sedang menikmati percutian mereka di Pulau Langkawi dan mereka dikatakan menginap di Four Seasons Resort Langkawi.
Kalau tak salah kami, hotel tersebut bertaraf lima bintang dan harga paling murah untuk menginap di sana adalah kira-kira RM 2,500++ untuk satu malam.
Namun, dengan berkat perniagaan burger Fizo yang semakin membesar dan juga empayar tudung Fareeda yang kukuh, kami rasa tidak salah kirannya mereka mahu berbelanja besar sekali-sekala kan?
Tuesday, 11 November 2014
GAMBAR ARTIS LELAKI SOLAT DI RUANG PARKIR KERETA JADI VIRAL

Bagi kita yang mendengarnya, pelik juga kenapa hal sebegini disensasikan. Lagi-lagi sebagai umat islam sememangnya sembahyang itu merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan walau di mana jua kita berada.
Rupa-rupanya menurut orang yang menyebarkan gambar tersebut, lelaki di dalam gambar tersebut merupakan artis terkenal Malaysia.
Apa lagi, mata mulalah meneropong siapakah gerangan artis lelaki yang soleh ini….
Jika dilihat menerusi gambar yang gelap ini sememangnya sukar mengecam muka artis ini, tetapi ramai pula peminat yang mendakwa lelaki di dalam gambar tersebut mempunyai susuk tubuh seakan-akan pelakon Juvana.

Hah, siapa lagi kalau bukan Zahiril Adzim yang juga merupakan suami kepada pelakon, Syera Ayob.

Rata-rata pengguna laman sosial meneka artis tersebut ialah Zahiril kerana ada yang mengenalinya dan mengetahui sifat pelakon ini yang sentiasa menjaga waktu solat meskipun sentiasa sibuk dengan jadual pengambaran yang sibuk.
Sebenarnya, kami sendiri pun tidaklah pasti gerangan lelaki tersebut. Ini beberapa ‘artis’ yang turut diteka oleh pengguna Facebook.

Tengokla bermacam-macam nama diteka sampaikan kita yang membaca nak ketawa pula. Hahaha…
Benarkah Zahiril Adzim? Tak kiralah dia atau sesiapa sahaja yang pasti inilah sifat terpuji yang harus dicontohi semua. – MYNEWSHUB
Thursday, 6 November 2014
Wednesday, 5 November 2014
HUBUNGAN HANEZ SURAYA & ROMIE AKHIRNYA BERAKHIR
Mungkin ini adalah kisah terakhir tentang Hanez Suraya dan Romie atau bekas kekasihnya yang juga suami orang. Hanez mengakui bahawa dirinya sudah tidak bersama dengan Romie, namun mereka masih lagi berhubung sebagai kawan.
"Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tetapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa," jelas Hanez Suraya.
Terdahulu, Hanez Suraya dikatakan mendalami ilmu bidang perniagaan untuk jaminan masa depan selepas kontroversi yang melanda dirinya sehingga menjejaskan rezeki dan peluang untuk berlakon.
"Buat masa sekarang, biarlah semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada smeua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi, cukuplah. Biar saya buka lembaran baru selepas ini," katanya.
Barangkali Hanez Suraya sudah merasakan dirinya hilang punca pendapatan lalu mengambil keputusan untuk menamatkan saja segala kekusutan ini dengan mengambil langkah meninggalkan Romie. Mungkin? -
Tuesday, 4 November 2014
GAMBAR NABIL JADI VIRAL DI SINGAPURA

Nabil Ahmad makin lama makin laku kan, tambah-tambah lagi dalam dunia pengacaraan. Jumaat lalu, Nabil telah menjadi pengacara untuk Anugerah Planet Muzik (APM2014) yang diadakan di Singapura.
Secara keseluruhan boleh dikatakan berjaya juga la Nabil mengacara anugerah itu dengan lawak-lawak yang mencuit hati.
Tapi yang menjadi perhatian ialah mengenai foto dirinya yang dimuatnaik oleh seorang deejay Singapura sekaligus mendapat pujian ramai.
Foto itu menunjukkan Nabil sebelum acara atau majlis anugerah itu berlangsung yang menjadi viral di Singapura dimana Nabil sedang menunaikan solat.
Semoga Nabil dan keluarga terus mendapat keredaan dan hidayah dari Allah untuk ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga isterinya terbuka hati pula untuk berhijab. Siapa tahu kan. SUMBER
GAMBAR MENGGODA FARADHIYA DENGAN ABANG ULTRAMAN
Sekali sekala tengok Farahdhiya ni memang jatuh hati. Dahlah putih melepak, cantik pula tu. Tapi, lama betul tak dengar berita pelakon dan penyanyi jelita ni kan?
Sesekali kami jengah juga laman Instagram Farahdhiya. Menerusi pengamatan kami, sebenarnya banyak juga aktiviti yang dilakukan si cantik ini bersama teman-teman rapatnya.
Tapi, yang paling menarik perhatian kami adalah foto Farahdhiya diapit Ultraman. Memang sempoibaq hang!
Wahh, bertuah betul jadi Ultraman, dapat jumpa Farahdhiya di Pavilion. Kami ni, mampu intai di Instagram je untuk mengubat rindu. Nasib baik Malaysia tak ada raksasa, kalau tak mana sempat nak bergambar kan? Haha!


Tapi, kami lihat makin cantik tertarik kau memang da bomb pula badan Farahdhiya ni. Dah saing-saing Che Ta uols. Tak percaya? Korang tengoklah sendiri.
Mungkin faktor baju yang melekat ditubuh Farahdhiya menampakkan lagi susuk tubuhnya yang langsing itu kot.
Apapun, buat korang yang merindui lakonan Farahdhiya, jangan lupa saksikan drama terbaru lakonannya iaitu Cahaya Dihujung Nyawa yang bakal disiarkan di Hypptv tak lama lagi.
Monday, 3 November 2014
5 GAMBAR TERKINI PENYANYI DANGDUT AMELINA
Lama sudah tidak mendengar khabar berita penyanyi dangdut, Amelina. Amelina mengeluarkan album terakhirnya iaitu 'Cinta Oh Cinta' pada tahun 1998. Kemudian berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Reduan Mahmood pada Mei 1999
Amelina sebelum ini dikatakan sudah bertudung. Bagaimanapun, dalam gambar terbarunya yang berjaya dirakam secara candid.
Kelibat Amelina, Maya dan seorang lelaki yang tidak dikenali berjaya dirakam di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.
Mereka kelihatan sedang berbincang mengenai sesuatu di sebuah restoran sebelum merakam gambar kenang-kenangan dan beredar pulang.


Kredit foto: myartis.com 
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)



































